Kek coklat ni memang resepi setiap kali raya. Satu sebabnya kek ni mudah, satu lagi sebab keknya sodap. Selamat mencuba.
Bahan-bahan
1(1/2) cawan gula kastor
1(3/4) tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
1(1/2) sudu teh soda bikarbonat*
125 gram mentega
1(1/2) cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
P/S: Bahan-bahan yang bertanda * mestilah di ayak dulu.
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Lepas itu, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Selepas kembang dan sebati, masukkan bahan ayak dan di selang selikan dengan susu. (kacau menggunakan senduk saja sehingga sebati).
5. Griskan loyang dengan mentega dan tepung.
6. Bakar kek pada suhu 170-180C selama lebih kurang 30-40 minit.
Macam mana nak tau kek dah masak? Kek masak apabila bau semerbak terhasil atau anda juga boleh cucuk kek menggunakan lidi/sudu. Jika tidak ada kek(cair) melekat, maka masaklah kek itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan