Khamis, 15 Mac 2012

Vanilla Muffin

Muffin ini adalah favourite keluarga. Sedap dimakan begitu sahaja. Nak letak buttercream pon boleh tapi takut manis. Dapat resepi ni dari sebuah buku masakan mat salleh. Zasss...layann..

Bahan-bahan
1 cawan butter
2 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri-di ayak
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung di selang selikan dengan susu. Pukul sekejap.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
  5. Lepas tu, bolehla masukkan dalam acuan muffin.(3/4 penuh je)
  6. Bakar 25 minit pada suhu 180c.
 p/s: pastikan oven tu panas dulu sebelum bakar kek. Kalau x runtuh keknya nanti.=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan