Isnin, 18 Mac 2013

AYAM PERCIK KELANTAN STYLE


Lamanya saya x mengupdate blog... harini sy berbesar hati berkongsi resepi aym percik yang sangat simple ala kelantan.. walaupun simple rasanya mmg mabeles..=)

Bahan-Bahan
2 biji bawang merah besar
3 ulas bwg putih
2 btg serai
2 cawan santan pekat
tepung jagung (sikit)
asam keping
seinci halia
garam gula secukup rasa
sedikit lada hitam(tumbuk)

Cara-cara:
  1.  Blend bawang, serai, halia hingga lumat.
  2. Rebus ayam bersama bahan blend.
  3. Masukkan asam keping dan lada hitam.
  4. Bila ayam dah masak bolehla masukkan dalam oven untuk dibakar.
  5. Kuah yang lebih di letakkan santan dan tepung jagung. Masak sampai pekat dan cukup rasa.
  6. Bila kuah dah siap bolehla siram sikit atas ayam sebelum dihidang.. tadaaaa... siapla ayam percikku=)
Ayam percik ni sedap dimakan dgn nasi kerabu..ohhh.. selamat mencuba=)

Ahad, 25 Mac 2012

Rendang- Simple famili resepi tp sodap..=)

resepi ni mmg simple dan sedap..=)
Bahan-bahan
daging/ayam-sekilo atau lebih
4 serai*
1 inci kunyit*
1 inci halia*
3 ulas bwg putih*
10 biji bawang merah*
1 sudu besar ciliboh
1/2 sudu besar asam jawa
2 sudu besar kerisik
daun kunyit
garam
gula
1/2 kilo santan


Cara-cara
  1. Kisar semua bahan bertanda*.
  2. Masukkan semua bahan-bahan diatas di dalam kuali.
  3. buka api.
  4. Kacau sehingga masak./ pecah minyak. Nak sampai kering pon boleh.
Bolehlah dihidang bersama nasi himpit/ pulut kuning... Ciap! simple kann..=)

Ahad, 18 Mac 2012

Nasi Lembik

Nasi lembik? Keluarga saya panggil ni nasi lembik. Maybe orang kelantan@ Terengganu tau kot mengenai nasi ni. Rasanya asal nasi dari Thailand. tak tau betul ke tidak. Nasi ni selalunya dimakan di waktu musim demam ke atau bila-bila sahaja. Sebenarnya nasi ini sama seperti bubur tapi cara masaknya berlainan sikit. Memang lalu lah sapa yang makan time sakit-sakit tekak atau demam ni.

Bahan-bahan
Untuk nasi:
Beras
air(lebihkan dari masak nasi biasa)
halia(2 hiris)

Ayam halia:
Ayam di potong kecil
Halia( sebuku)
Kicap
Sos Tiram
Bawang besar
Bawang putih
Cili kisar

Kangkung Goreng Kicap:
Kangkung
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Kicap

Ikan Bilis dengan Mangga(putik)
Ikan bilis digoreng garing(tumbuk)
Cili padi(tumbuk)
Mangga putik( dihiris halus/ parut)
garam gula


Cara-cara

Nasi
Nasi di campur dengan halia dimasak macam biasa sehingga menjadi bubur.

Ayam
  1. Tumis bawang besar, bawang putihdan halia sehingga garing.
  2. Masukkan satu sudu cili kisar.
  3. Setelah cili masak, masukkan kicap dan sos tiram. Letak air sikit.
  4. Masukkan ayam dan goreng sehingga kuah sedikit kering.
Kangkung

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga masak.
  2. Masukkan kicap.
  3. Masukkan kangkung dan garam gula secukup rasa. Siap.
Ikan Bilis

Gaulkan sebati semua bahan yang telah ditumbuk tadi. Pastikan cukup rasa garam dan gula. Siap.
  • p/s: Ikan bilis boleh juga digantikan dengan ikan selayang/kembung rebus. Tumbuk dan gaul seperti diatas.
  • Anda juga boleh menghidangkan ikan masin yang telah diperah limau dan dihiris cili padi.
Selamat mencuba=)


Sabtu, 17 Mac 2012

Beef Lasagna


Lasagna ni seperti namanya yang pelik adalah antara masakan mencabar bg saya. Mula-mula buat memang susah. tapi lama-lama ok dah sikit. Practice makes perfect! jgn putus asa mencuba yer..=)

Bahan-bahan
1 bungkus daging kisar
1 tin kecil tomato puri
1 tin cendawan butang
garam gula
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - potong dadu
Cili boh 2 sudu besar (letak kalau nk pedas)
Sos cili(secukup rasa)
Sos tomato(secukup rasa)
1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )-guna separuh je..bergantung kepada sos byk mane
1 paket mozarella cheese -parut
1 paket cheddar cheese-potong dadu
Butter-
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air (gandum dlm secawan, kalau rasa cair blh tambah lagi)
Susu segar
Kiub pati ayam megi/ mushroom soup


Cara-cara inti Bolognese(sos merah)

1. Tumis bawang sampai naik bau
2. Masukkan cili boh tumis sampai masak
3. Masukkan daging kisar, tomato puri, segala jenis sos…letak air utk bagi dia basah2
4. Masukkan cendawan garam gula-tunggu sehingga mendidih. Pastikan ada sos. Jangan kering sangat.


Sos putih

  1. Cairkan butter(api slow)
  2. Masukkan gandum yg dibancuh dgn air(kacau sokmo)
  3. Masukkan susu segar
  4. Letak kiub ayam+ garam… kacau sampai mendidih( sederhana pekat)

 Penyediaan Lasagna
1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut(mozzarella+cheddar)
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak ( kita buat 3 lapisan lasagna )
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit(lebih kurang). Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran

 P/S: Sos tu kena cair sikit supaya kepingan lasagne masak..


Khamis, 15 Mac 2012

Vanilla Muffin

Muffin ini adalah favourite keluarga. Sedap dimakan begitu sahaja. Nak letak buttercream pon boleh tapi takut manis. Dapat resepi ni dari sebuah buku masakan mat salleh. Zasss...layann..

Bahan-bahan
1 cawan butter
2 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri-di ayak
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung di selang selikan dengan susu. Pukul sekejap.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
  5. Lepas tu, bolehla masukkan dalam acuan muffin.(3/4 penuh je)
  6. Bakar 25 minit pada suhu 180c.
 p/s: pastikan oven tu panas dulu sebelum bakar kek. Kalau x runtuh keknya nanti.=)

Moist Cake Chocolate( Bake)


Kek coklat ni memang resepi setiap kali raya. Satu sebabnya kek ni mudah, satu lagi sebab keknya sodap. Selamat mencuba.

Bahan-bahan
1(1/2) cawan gula kastor
1(3/4) tepung gandum*
3/4 cawan serbuk  koko*
1(1/2) sudu teh soda bikarbonat*
125 gram mentega
1(1/2) cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

P/S: Bahan-bahan yang bertanda * mestilah di ayak dulu.

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Lepas itu, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Selepas kembang dan sebati, masukkan bahan ayak dan  di selang selikan dengan susu. (kacau menggunakan senduk saja sehingga sebati).
5. Griskan loyang dengan mentega dan tepung.
6. Bakar kek pada suhu 170-180C selama lebih kurang 30-40 minit.

Macam mana nak tau kek dah masak? Kek masak apabila bau semerbak terhasil atau anda juga boleh cucuk kek menggunakan lidi/sudu. Jika tidak ada kek(cair) melekat, maka masaklah kek itu.

Donut dan Roti


Bahan-bahan
1 sudu besar marjerin(dicairkan)
1 cawan air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
3(1/2) cawan tepung gandum
2 sudu besar yis
1 sudu teh double action baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
1. Campurkan tepung, marjerin, garam, susu pekat
2. Gaul bahan-bahan tersebut.
3. Masukkan yis. Gaul rata.
4. Masukkan  air dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.(Kalau lekat boleh tambah sedikit tepung).
5. Taburkan soda dan DA baking powder di atas doh.
6. Bila doh naik, tumbuk doh utk keluarkan angin.
7. Uli sedikit dan boleh dibentuk.
8. Tunggu donut naik sedikit, barulah boleh digoreng.

Saya juga pernah membuat roti menggunakan resepi ini..!